Friday, July 10, 2009

Cendawan Memang Special

Cendawan @ Kulat @ Mushroom adalah sejenis makanan berkhasiat yang disukai ramai. Sejak zaman saya belajar di UPM dulu memang saya dah diintroducekan kepada bukan saja cendawan malahan pelbagai jenis bidang pertanian lain seperti hidroponik, penternakan, perikanan, hortikultur, botani dan sebagainya. Mungkin kerana masa dulu tiada skrip 'pertanian adalah perniagaan' kut... Oleh kerana itulah saya tidak pernah mengambil berat tentangnya walaupun pengetahuan tentang pertanian itu memang banyak tapi ianya langsung tidak dipraktikan sama sekali. Satu pembaziran yang besarkan!! Sejak saya bergraduat dulu (14 tahun lepas) minat itu tetap ada, bahkan keyakinan pun ada cuma tiada seorang pun dikalangan orang yang terdekat dengan saya memberi support ke arah itu. Walaupun sekarang saya adalah seorang usahawan, saya sebenarnya mengusahakan sesuatu yang lain iaitu bidang pendidikan. Sehinggalah baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang pengusaha cendawan yang telah mengusahakan cendawan secara kecil-kecilan di tepi rumahnya. Malah beliau berusaha untuk menjemput saya melawat perusahaan di rumahnya itu dan apabila saya lihat dan lawat rumah cendawannya, saya terimbau kenangan semasa saya belajar di UPM dahulu.

Sekarang saya terfikir untuk membuat sesuatu, iaitu pendidikan + pertanian.. tentu ada yang menarik jika difikirkan dengan lebih mendalam tentangnya. Kalau dulu saya dilatih selama 4 tahun untuk belajar semua tentang pertanian tapi tak praktik adalah lebih baik belajar seminggu tapi dah tentu akan praktikkan serta bimbingan tanpa putus dari mentor dan akhirnya jadi usahawan berjaya..Dalam keadaan ekonomi gawat RM 500 ke RM 900 sebulan tambahan hanya dengan rumah cendawan di depan rumah dengan sedikit investment dan tunjukajar oleh mentor yang bertanggungjawab tentu 'can make sense' kan..

Kenapa cendawan? bukan sayur-sayuran atau hasil pertanian yang lain...sebab cendawan ini memang jarang diusahawan dalam skala yang besar sehingga kadang-kadang demand is more that supply akhirnya cendawan menjadi sayuran yang mahal. Klu setakat beli kat pasaraya Giant, Tesco tu sebenarnya kadang-kadang x ada stock..sebabnya di Malaysia ini belum lagi ke arah tu..Sayur sawi ke, salad ke, bayam or kangkung ke dan sayur dedaun yang lain, ada petani yang mengusahakan secara besar-besaran, tu la kadang-kadang boleh dapat RM 2 dapat 3 ikat sayur.

Amacam sekarang? Lagi satu yang anda perlu tau tentang khasiat cendawan pulak memang banyak sekali...rendah lemak baik untuk orang yang nak diet, berpenyakit diabetes, tinggi kalsium untuk tulang baik untuk dewasa dan kanak-kanak, xpayahlah la kena minum susu je dan lain-lain lagi sehingga banyak sangat nak tulis ni..lagipun rasanya kan macam daging ayam, kenyal kalau buat sup dan sebagainya.

Para surirumah, pesara, pelajar-pelajar diluar sana, renung-renungkan mesti ada sesuatu yang boleh diubah nasib/cara hidup kita.. Ianya mudah dan secara sambilan sahaja..

Hubungi saya di amizuliany@gmail.com untuk perbincangan, pertanyaan, idea dsbnya jika anda ada

No comments:

Post a Comment